Produk makanan berasaskan daging babi dari Korea dirampas

Iklan
Antara kotak yang dirampas oleh Maqis di Pelabuhan Klang pada Ahad.

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Selangor merampas produk makanan sedia dimakan berasaskan daging babi dari Korea bernilai RM9,403.29 Ahad lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, produk tanpa permit import Maqis yang sah itu dirampas di Pelabuhan Klang Utara, di sini kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

"Kesemua barang dagangan seberat 354.96 kilogram itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada Maqis adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Iklan
Iklan

"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.