Banjir di Kelantan makin pulih

Iklan
Salah sebuah rumah penduduk di kawasan Tumpat yang ditenggelami air.

KOTA BHARU - Gelombang kedua banjir di Kelantan beransur pulih dengan kini hanya seramai 240 orang mangsa melibatkan 106 keluarga dari satu jajahan masih belum dibenarkan pulang.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 10 pagi ini, jumlah itu menyaksikan pengurangan berbanding seramai 576 mangsa setakat jam 8 malam pada Rabu.

Iklan
Iklan

Kesemua 240 mangsa dari jajahan Pasir Mas itu masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS)

Tiga PPS yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK ) Tok Deh ( 88 mangsa, 27 keluarga), SK Bakong (83 mangsa, 54 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (69 mangsa, 25 keluarga).

Iklan

Sementara itu, berdasarkan infobanjir.water.gov.my pula hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 9.13 meter (bahaya 9 meter) namun menunjukkan trend menurun berbanding malam tadi iaitu 9.57 meter.

Sebanyak 11 sungai lain sudah berada pada paras normal manakala bacaan Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat berada di paras amaran tetapi masih bertahan pada bacaan 2.48 meter sejak malam Rabu.

Iklan