Sektor pelancongan domestik di Perlis semakin pulih
Iklan
Sektor pelancongan domestik di Perlis dilihat semakin pulih apabila jumlah pelancong ke negeri ini semakin bertambah hasil tarikan baharu berkonsepkan keindahan alam semulajadi.- Foto Bernama
Sinar Harian
24 Dec 2020 12:21 pm
KANGAR - Sektor pelancongan domestik di Perlis dilihat semakin pulih apabila jumlah pelancong ke negeri ini semakin bertambah hasil tarikan baharu berkonsepkan keindahan alam semulajadi.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata sektor pelancongan di negeri ini mula menunjukkan perkembangan positif walaupun negara dan dunia terkesan dengan pandemik COVID-19.
Iklan
Iklan
Beliau berkata di Perlis kita menggunakan produk pelancongan yang sedia ada dengan beberapa penambahbaikan di samping menyediakan tarikan baharu seperti tapak perkhemahan di Taman Eko-Rimba Bukit Air, Tanah Tinggi Wang Kelian, Tasik Timah Tasoh dan Bukit Jernih.
Sektor pelancongan domestik di Perlis dilihat semakin pulih apabila jumlah pelancong ke negeri ini semakin bertambah hasil tarikan baharu berkonsepkan keindahan alam semulajadi.- Foto Bernama
Di samping itu kemudahan ini disediakan bagi memberi pilihan kepada peminat alam semulajadi menikmati keindahan di negeri ini.
Iklan
Katanya lagi, sambutan yang diterima di tapak perkhemahan di Taman Eko-Rimba amat menggalakkan apabila menerima tempahan penuh sehingga Mac 2021, malah kerajaan negeri mengubah Taman Anggur Perlis kepada Taman Eksotik Perlis sebagai salah satu tarikan baharu di negeri ini. - Foto Bernama