PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan skuad kendaliannya itu tetap menyasarkan untuk beraksi di pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini, biarpun diundi berdepan Manchester United pada peringkat separuh akhir kelak.
Guardiola berkata, kesebelasan skuad The Citizens itu dilihat bersemangat untuk berdepan skuad The Red Devils itu pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 5 Januari 2021.
Bagaimanapun menurut Guardiola, kesebelasan pemainnya diharap dapat memberikan fokus terlebih dahulu untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Newcastle United 27 Disember dan sekali lagi berdepan Everton di Goodison Park (29 Disember).
"Saya harap pemain dapat memberikan fokus untuk mengharungi dua perlawanan EPL berdepan Newcastle United dan Everton sebelum berdepan United.
"Pemain juga diharapkan dapat mengambil sikap melihat dan memberikan keutamaan kepada satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.
Aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini akan menyaksikan pertembungan derby apabila Manchester City dijadualkan berdepan Manchester United di Old Trafford, 5 Januari depan.
Pada aksi suku akhir, City menewaskan Arsenal 4-1 di Emirates pada awal pagi Rabu manakala United menewaskan Everton 2-0 di Goodison Park pada awal pagi Khamis lalu.
Sementara itu Guardiola berharap kesebelasan pemain The Citizens itu bagi mengharungi aksi EPL berdepan Newcastle dan Everton yang dilihat hanya berselang dua hari bagi setiap perlawanan.
"Sekarang ini fokus adalah untuk perlawanan berdepan Newcastle dan Everton. Kita juga mahu melihat undian bagi saingan separuh akhir EFL nanti.
"Ini kerana, kami akan beraksi di pentas final EFL buat kali keempat berturut-turut dalam tempoh empat tahun,” katanya.