TEHRAN - Ahli karate dan pemimpin pertama Persekutuan Karate Iran era pasca-Revolusi Mohammad Baqer Aqamiri merangkap dan Ketua Jawatankuasa Teknikal Persekutuan diiktiraf sebagai Warisan Manusia Hidup (Living Human Treasure ) oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan, dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Aqamiri adalah pengasas Karate Wado di Iran, iaitu satu daripada empat gaya utama dalam Karate, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Iklan
Iklan
Sementara untuk seni miniatur yang melibatkan Iran, Turki, Azerbaijan dan Uzbekistan didaftarkan sebagai Warisan Tidak Ketara ke-15 Iran di UNESCO semasa mesyuarat Jawatankuasa Warisan Tidak Ketara Dunia UNESCO ke-15.
Lima seniman veteran seni asli termasuk Mahmoud Farshchian, Majid Merhrgan, Mahin Afshanpour juga dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Warisan Manusia Hidup menurut UNESCO adalah individu yang memiliki pengetahuan dan kemahiran tinggi yang diperlukan untuk melakukan atau mencipta semula unsur-unsur tertentu daripada warisan budaya tidak ketara. - Bernama