169 individu ditahan ingkar PKP

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Polis menahan seramai 169 individu atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kesalahan itu termasuk tiada penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka di tempat yang sesak, gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri pelanggan dan aktiviti di premis hiburan.

Iklan
Iklan

"Polis semalam membuat lebih 48,111 pemeriksaan, termasuk di pasar raya, restoran, kilang, pejabat kerajaan, bank dan terminal pengangkutan untuk memastikan pematuhan SOP," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengenai Ops Benteng pula, beliau berkata, seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala tujuh kenderaan dirampas.

Iklan

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang masuk ke negara ini secara haram.Tidak ada kompromi mengenai perkara ini," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 80,000 individu pulang ke Malaysia sejak 24 Julai dan telah diarahkan menjalani kuarantin di stesen yang ditetapkan.

Iklan