Bekalan kelapa dijamin mencukupi

Iklan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua dari kanan) mendengar taklimat berkaitan aktiviti pengimportan kelapa biji dan isi kelapa dari negara Indonesia yang dibawa masuk melalui Jeti Right Base, di Pelabuhan Batu Pahat pada Khamis. - Foto Bernama

BATU PAHAT - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan komited untuk memastikan bekalan kelapa di negara ini mencukupi manakala kelapa yang diimport selamat daripada penyakit dan serangga perosak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, untuk tujuan itu sebanyak 38 syarikat sahaja dibenarkan untuk mengimport kelapa dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pula diminta mengambil langkah proaktif di pintu masuk utama di Pelabuhan Batu Pahat, Johor dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Iklan
Iklan

"Bagi pintu masuk di Batu Pahat ini jumlah kelapa melebihi separuh daripada jumlah keseluruhannya (jumlah import) dengan sekitar 200,000 kilogram (kg) atau kira-kira 140,000 biji kelapa bagi sesebuah kapal.

"Dianggarkan setiap hari sebanyak 18 kapal akan tiba dari Indonesia dan kami periksa kualiti, termasuk penyakit serta serangan serangga perosak,” katanya pada sidang media selepas lawatan Tapak Pemeriksaan Maqis, Jeti Right Base di Pelabuhan Batu Pahat pada Khamis.

Iklan

Ahmad berkata, pengimportan kelapa dari negara jiran dijangka bertambah pada tahun depan berdasarkan permintaan namun kementerian akan terus mengawal bagi memastikan kemasukan kelapa itu tidak mengganggu jualan kelapa tempatan.

"Mengikut statistik Maqis pada tahun lepas, sebanyak 230 juta kilogram kelapa dibawa masuk dan 8 juta kilogram isi kelapa diimport melalui Batu Pahat manakala pada tahun ini (sehingga November 2020) sebanyak 262 juta kilogram kelapa telah diimport dan 7.7 juta kilogram lagi bagi isi kelapa.

Iklan

"Sepanjang tempoh PKP, pihak Maqis juga menjalankan tanggungjawab di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang diimport dan dieksport mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan,” katanya. - Bernama