Empat sekeluarga maut sekelip mata

Iklan
Keadaan kereta mangsa selepas terlibat kemalangan di KM 55 Jalan Kluang - Kota Tinggi, malam tadi. (Gambar kecil, Mohd Firdaus, Norlia serta dua anak mereka).

KOTA TINGGI - Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 55 Jalan Kluang - Kota Tinggi, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.33 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Firdaus Januri, 34, isteri Norlia Osman, 33, serta dua anak Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4, maut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kenderaan terlibat adalah sebuah Honda Civic, Proton Saga serta sebuah lori.

"Dalam kejadian tersebut empat sekeluarga yang menaiki kereta Honda Civic maut di tempat kejadian. Manakala pemandu Proton Saga hanya mengalami luka-luka sahaja.

Iklan

"Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan oleh pemandu lori yang dikatakan gagal mengawal kenderaan seterusnya memasuki laluan kenderaan dua buah kereta yang berada di laluan bertentangan.

"Ekoran itu, menyebabkan pertembungan secara berhadapan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Iklan

Tambahnya, kesemua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat.

Jelasnya, kes disiasat Seksysen 41 (1) APJ 1987 manakala pemandu lori berusia 30an akan direman untuk saringan ujian air kencing dan siasatan lanjut.