Royal Canin bantu kawal berat badan kucing dimandulkan

Iklan
Royal Canin FHN Sterilised.

KUALA LUMPUR - Pemandulan haiwan peliharaan penting bukan sahaja untuk mengawal haiwan terbiar di kejiranan tetapi untuk manfaat kesihatan.

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kucing yang dimandulkan lebih sihat dan mempunyai jangka hayat lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang tidak dimandulkan.

Iklan
Iklan

Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia, Dr Dylan Choy berkata, pemilik haiwan peliharaan diminta agar memandulkan atau mensterilkan kucing mereka apabila haiwan peliharaan itu cukup umur atau atas nasihat doktor haiwan.

Menurutnya, proses berkenaan membantu untuk mencegah jangkitan rahim dan ketumbuhan kelenjar mammary yang terbukti berbahaya atau boleh menyebabkan kanser bagi 90 peratus kucing yang dijangkiti serta mengurangkan risiko kanser testis dan masalah prostat bagi kucing jantan.

Iklan

"Antara fakta lain yang kurang diketahui mengenai kucing yang telah menjalani proses pemandulan adalah disebabkan ia bebas bergerak dan kurang merayau. Haiwan tersebut akan kurang terlibat dalam percakaran atau pergaduhan dengan binatang lain.

"Dengan itu ia sekali gus mengurangkan risiko luka yang mungkin kemudiannya menjadi bengkak dan bernanah. Hal ini akan turut mengurangkan penyebaran penyakit lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Choy berkata, apabila kucing bergaduh dan menggigit satu sama lain, antara risikonya ialah dijangkiti feline immunodeficiency virus (FIV) yang tersebar menerusi air liur dan darah.

"Begitu juga dengan Feline Leukaemia Virus (FeLV) yang lebih membawa maut juga mampu dijangkiti menerusi air liur atau rembesan hidung.

"Retrovirus berkenaan sekiranya tidak dilawan oleh sistem imun kucing tersebut, boleh mengakibatkan penyakit yang membawa maut.

"Keputusan untuk mensteril atau memandulkan kucing peliharaan sememangnya penting. Ia juga satu keperluan kerana ia ternyata meningkatkan jangka hayat kucing di samping mengetengahkan manfaat lain, termasuk mengurangkan kemungkinan dan penyebaran jangkitan seksual, mengehadkan bilangan kucing terbiar dan tindakan zalim membuang anak kucing yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata, mengikuti prosedur berkenaan, pemilik kucing dinasihatkan untuk menjaga haiwan peliharaan mereka di dalam rumah selama seminggu bagi memastikan pemulihan sepenuhnya dan memantau proses pemulihan dengan lebih baik dan tahap aktiviti kucing peliharaan mereka.

"Komplikasi terbesar yang mungkin timbul adalah risiko kesihatan berpunca daripada berat badan yang mungkin meningkat membabitkan kucing yang telah dimandulkan.

"Pertambahan pengambilan makanan kucing dalam tempoh 48 jam selepas proses pensterilan berlaku merupakan satu situasi yang normal,” katanya.

Dr Dylan Choy

Menurutnya, keperluan tenaga harian yang menurun selepas pemandulan dan kurangnya khasiat serta kawalan pemakanan yang betul boleh menyebabkan obesiti yang seterusnya berpotensi menyebabkan kucing mengalami masalah lain seperti sakit sendi, isu saluran kencing dan peningkatan risiko penyakit kencing manis," katanya.

Selain itu, katanya, ia juga terdedah kepada risiko isu berkaitan sistem pencernaan berikutan kekurangan aktiviti serta juga tabiat mendandan diri berlebihan yang biasanya ditemui dalam kalangan kucing yang tidak aktif atau hanya tinggal di dalam rumah.

Katanya, adalah penting bagi kucing peliharaan yang dimandulkan untuk diberi diet khusus dan Royal Canin FHN Sterilised (Royal Canin) disediakan khas untuk tujuan itu iaitu mengawal berat badan kucing peliharaan.

"Ia boleh didapati dalam pembungkusan 400 gram, 2 kilogram (kg), 4kg dan 15kg. Makanan kering daripada Royal Canin FHN Sterilised menyediakan pelbagai manfaat untuk kucing yang telah dimandulkan kerana ia membantu untuk mengehadkan risiko berat badan berlebihan berikutan kandungan lemaknya yang sederhana dan mengikut catuan harian yang diperlukan.

"Apatah lagi, ia menyokong sistem urinari yang sihat dengan menyediakan mineral seimbang dan mencukupi, sekali gus mengurangkan risiko pembentukan batu karang,” katanya.

Katanya, ia disediakan dengan kandungan protein yang tinggi, antara keperluan penting untuk mengekalkan jisim otot kucing yang telah dimandulkan.

"Ia turut mengandungi L-Carnitine yang terlibat dalam proses metabolisme lemak. L-Carnitine merupakan asid amino tidak penting (non-essential) dan boleh membantu mengurangkan berat badan secara sihat.

"Diet berkhasiat tinggi boleh menyokong penggunaan simpanan lemak untuk tenaga sambil memelihara jisim otot dan menggalakkan pengurangan berat badan,” katanya.

Beliau berkata, biarpun pemandulan boleh mengurangkan keperluan tenaga kucing dan berkemungkinan menyebabkan komplikasi obesiti serta masalah kesihatan lain, ia boleh dikawal dengan pemberian diet khusus.