Ku Li dedah sebab tidak hadir undian Belanjawan 2021

Iklan
Tengku Razaleigh menjadi tetamu pada program bual bicara' Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita di Pejabat Sekretariat MPN, Kajang pada Khamis.

KAJANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan sebab beliau tidak hadir dalam sesi undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Jawapan saya, senang. Kerana kerajaan itu mengemukakan belanjawan, dan kerajaan itu tiada keabsahan.

Iklan
Iklan

"Maka bagi saya tak ada erti saya hadir undi belanjawan yang tidak sah, yang dikemukakan oleh kerajaan yang tidak sah.

"Dari segi Perlembagaan, itulah dia,” katanya pada program bual bicara 'Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita' di Pejabat Sekretariat Majlis Profesor Negara (MPN) di sini pada Khamis.

Iklan

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkata demikian bagi menjawab mempersoalkan mengapa beliau tidak hadir dalam undian Belanjawan 2021 sehingga undian terakhir pada bacaan ketiga.

Dewan Rakyat pada 15 Disember lalu meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga.

Iklan

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen menyokong, dan 108 menentang, dengan seorang lagi tidak hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Dewan Negara lulus Belanjawan 2021

Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir