DOHA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini meminta semua pihak agar tidak menimbulkan sentimen perkauman dan ketegangan di kalangan rakyat di negara ini.
Beliau berkata sebarang kejadian yang menimbulkan kekecohan sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda dan kecederaan mesti ditangani segera dan dilenyapkan sama sekali.
"Jangan sekali-kali mengapi-apikan perasaan perkauman dan ketegangan... ini tidak boleh dikompromi langsung,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan rasminya ke Qatar di sini hari ini.