Syarikat penerbangan didenda, juruterbang sebar Covid-19

Iklan
EVA Airways Corp dikatakan gagal melaksanakan langkah pencegahan Covid-19. - Foto Agensi

TAIPEI - Kementerian Pengangkutan Taiwan pada pada Khamis mengenakan denda berjumlah NT$1 juta (RM144,388) ke atas EVA Airways Corp selepas pemerintah menyalahkan salah seorang juruterbang mereka sebagai penyebab yang mencetuskan kes jangkitan tempatan pertama dalam tempoh lapan bulan.

Langkah itu dibuat selepas Taipei buat pertama kali sejak April lalu mengesahkan kes jangkitan domestik membabitkan seorang wanita yang merupakan rakan kepada juruterbang warga New Zealand yang disahkan positif Covid-19.

Iklan
Iklan

EVA Air dikatakan telah memecat juruterbang terbabit yang kini dirawat di hospital.

Kes itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas juruterbang itu tidak memaklumkan butiran tentang kesemua kontak dan lokasi yang dikunjunginya, malah dia juga dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kokpit.

Iklan

Menteri Pengangkutan, Lin Chia-lung dalam satu kenyataan mendakwa syarikat penerbangan itu juga tidak mengambil tindakan pencegahan sewajarnya seperti yang diambil Taiwan untuk membendung penularan wabak tersebut.

Difahamkan, kementerian terbabit akan meminta syarikat penerbangan untuk melaksanakan langkah sepatutnya dan ia juga akan mengenakan peraturan lebih ketat. - AFP

Iklan