Banjir di Kelantan hampir pulih

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat, kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi pada Khamis. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (kanan). - Foto Bernama

KOTA BHARU - Banjir gelombang kedua di Kelantan hampir pulih apabila hanya 122 mangsa melibatkan 39 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) pada Jumaat.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir hanya membabitkan jajahan Pasir Mas.

Iklan
Iklan

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding seramai 220 orang masih tidak dibenarkan pulang pada malam tadi.

Tiga PPS yang masih aktif adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh (44 orang, sembilan keluarga), SK Bakong (83 mangsa, 54 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (49 mangsa, 20 keluarga)./p>

Zamzurina Azhari, 38, bersama anaknya, Zarra Hayfa, 8, membersihkan kesan banjir di rumah mereka di Jalan Sekolah Cina, Rantau Panjang.

Iklan

Kesemua mereka membabitkan 30 lelaki dewasa, 43 perempuan dewasa, 23 kanak-kanak lelaki, 22 kanak-kanak perempuan, dua bayi lelaki dan perempuan, tiga warga emas lelaki, enam warga emas perempuan serta seorang wanita orang kurang upaya.

Sementara itu, infobanjir.water.gov.my pula melaporkan air di Sungai Golok Rantau Panjang menunjukkan trend menurun berada iaitu 8.42 meter (amaran) berbanding malam tadi di paras 8.61 meter.

Iklan

Sebanyak 11 sungai lain masih berada di paras normal manakala Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat pula masih bertahan di paras 2.48 meter.