Obsess ubah hidup Syiera Lotfee

Iklan
Syiera bersama rangkaian produk Obsess. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

BERMULA hanya menjadi ejen kepada produk kosmetik terkenal, Obsess Cosmetics (Obsess) pada tahun 2016, Nur Insyirah Mohd Lotfee, 28, kini menjadi usahawan berjaya dan mampu meletakkan dirinya dalam kelasnya yang tersendiri.

Kegigihan Nur Insyirah atau dikenali Syiera Lotfee memajukan dirinya dalam perniagaan berbaloi apabila kedudukannya sebagai ejen dan kini menjadi pengurus serta rakan perniagaan kepada pemilik Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah.

Iklan
Iklan

Malahan, beliau kini mempunyai syarikat sendiri iaitu Beautyfam Worldwide Services yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

"Saya bermula daripada bawah dengan menjadi ejen kepada Obsess bermodalkan RM1,200 selepas tamat belajar. Saya menceburi bidang perniagaan selepas gagal mendapat pekerjaan kerana saya pemalu dan tidak berani dalam pengucapan awam.

Iklan

"Saya mahu mengubah diri menjadi seseorang yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Saya yakin dengan berniaga saya boleh membantu wanita terutamanya dalam kalangan suri rumah menjana pendapatan sendiri dan membantu perbelanjaan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, berbekalkan minat yang mendalam untuk menjadi usahawan, Syiera mencabar diri untuk terlibat dalam perniagaan Obsess hanya atas talian (online) dan bermula dari rumah sahaja.

Iklan
Syiera bersama produk AYUMI yang kini dijual pada harga RM276. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Saya belajar satu persatu mengenai perniagaan dan saya memberanikan diri bercakap dengan orang awam. Malahan, saya meningkatkan kemahiran dalam bidang pemasaran dan menerokai perniagaan digital serta berguru dengan mereka yang pakar dalam bidang pemasaran.

"Alhamdulillah, tanpa mengambil masa yang lama, pada tahun 2019 saya telah mampu menghasilkan jualan tujuh angka dan dipelawa menjadi rakan kongsi kepada Obsess. Bermula dari situ, saya yakin dengan Obsess dan memegang tanggungjawab yang besar untuk terus memajukan Obsess bersama ejen dan stokis,” katanya.

Menurut Syiera, perniagaan yang dijalankannya hanya menggunakan platform online dan berkembang pesat di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

"Buat masa ini, saya mempunyai 2,500 ejen dan 30 stokis yang bersama saya menjual produk Obsess yang mempunyai 10 rangkaian barangan kosmetik bermula pada harga RM40 hingga RM59 dan semuanya mencatatkan jualan yang memberangsangkan," katanya.

Menurutnya, produk Obsess diformulasikan sendiri oleh pengasasnya dan antara produk Obsess ialah Obsess Cosmetics Foundation, Obsess Cosmetic Jar Of Hearts Cream Blush, Obsess Eyeliner+Eyebrow Pencil, Obsess Cosmetic Mascara dan Obsess Liptint Velvet.

"Obsess mula mengeluarkan produk pertamanya iaitu 'foundation' atau bedak asas dan seterusnya mengeluarkan sembilan rangkaian produk lain dalam tempoh empat tahun untuk memenuhi permintaan pengguna.

"Sejak awal lagi saya berkeyakinan dengan produk Obsess kerana pemiliknya merupakan jurusolek terkenal dan sudah pasti produk kosmetik yang dikeluarkan berkualiti dan memenuhi permintaan pengguna,” katanya yang memiliki Diploma Pelancongan dari sebuah kolej swasta di Shah Alam.

Syiera berkata, beliau terlebih dahulu menggunakan produk Obsess untuk dirinya sendiri sebelum beliau mengambil keputusan menjual produk berkenaan.

"Saya mahu pelanggan yakin dengan produk Obsess. Alhamdulillah, semakin hari Obsess semakin dikenali, malahan ada dalam kalangan ejen dan stokis telah berjaya menghasilkan jualan sebanyak enam angka,” katanya.

Tambahnya, sebagai usaha menghargai komitmen ejen dan stokis, beliau memberikan pelbagai hadiah menarik antaranya kereta, pakej percutian, barang kemas, wang tunai dan sebagainya.

Syiera (empat dari kanan) bersama kakitangannya sendiri yang sentiasa komited memajukan Obsess. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurut Syiera, pada tahun 2021, beliau akan menceburi bidang baharu dengan berkolaboratif dengan Obsess untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit selain memfokuskan produk kosmetik sedia ada.

"Kami menjangkakan mengeluarkan lima produk penjagaan kulit untuk memenuhi permintaan pengguna. Kami juga akan memiliki ‘showroom’ sendiri yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam menjelang akhir Januari 2021,” katanya.

Beliau berkata, syarikat juga menyasarkan jualan meningkat kepada 50 peratus pada tahun 2021 berbanding pada tahun ini meskipun berdepan dengan pandemik Covid-19.

"Saya optimis sasaran ini akan dicapai dipacu oleh strategi syarikat yang merancang untuk menambahkan bilangan ejen dan stokis sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran.

"Untuk menjadi stokis, mereka hanya perlu mengeluarkan modal berjumlah RM5,000 manakala untuk menjadi ejen pula hanya RM500.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat mengenai produk di platform media sosial seperti instagram obsess.cosmetics dan laman web di www.obsesscosmetics.com.

"Mereka yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen boleh menghubungi 016- 2735408 dan 016-2755408,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya juga akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu ejen dan stokis serta mengadakan seminar.

"Kami juga akan meneruskan mengadakan program berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Katanya, sempena jualan akhir tahun, pihaknya juga menawarkan promosi produk AYUMI yang mempunyai set lengkap produk Obsess pada RM276 sahaja berbanding sebelum ini RM307.