Selangor teruskan agenda reformasi

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda reformasi yang diperjuangkan selama ini demi menjaga kebajikan rakyat di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rakyat Selangor mendapat nikmat kemakmuran bersama hasil daripada keutuhan kerajaan negeri dalam mencapai permaufakatan serta nilai-nilai reformasi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tahun ini, pelbagai insiden telah berlaku dalam negara dan seluruh dunia malah semua pihak turut melihat merosotnya kepercayaan atau ‘trust deficit'.

"Malah nilai dan akhlak telah berkurangan sekali gus dilihat hampir mereput atau pun berlakunya apa yang disebut sebagai ‘moral decay’ di mana akibatnya, kebajikan rakyat menjadi mangsa.

Iklan

"Kita semua seolah-olah hilang kompas moral disebabkan perkara itu, namun Selangor akan tetap meneruskan agenda reformasi yang digenggam erat selama ini," katanya menerusi Perutusan Hari Natal 2020 pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga akan terus berkongsikan kekayaan negeri dengan semua pihak terutamanya golongan yang memerlukan.

Iklan

Katanya, langkah itu adalah sejajar dengan ikrar kerajaan negeri bagi memastikan tiada mana-mana pihak tercicir dalam kemakmuran di negeri ini.

"Ternyata, kepayahan dan kesukaran yang dihadapi rakyat amat berat dirasa, lebih-lebih lagi dengan ancaman wabak Covid-19.

"Justeru, kerajaan Selangor telah menyediakan banyak inisiatif dalam erti kata bagi membantu mereka yang paling terkesan dan memerlukan," katanya.