KUALA LUMPUR - Dua wanita antara lima individu yang ditahan menerusi dua serbuan kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan di sekitar ibu kota, pada Khamis.
Kesemua individu yang berumur dalam lingkungan 22 hingga 33 tahun itu ditahan di dua pangsapuri di Persiaran Hampshire dan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini.