Jakim perkemas penguatkuasaan sijil halal produk import

Iklan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary menyuap 'pulut semangat' kepada kanak-kanak yang akan berkhatan pada Program Berkhatan Peringkat Pengkalan Chepa di Penambang pada Sabtu.

KOTA BHARU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkemaskan lagi penguatkuasaan terhadap kelulusan dan kebenaran sijil halal melibatkan barangan import termasuklah kartel daging.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan rakyat Malaysia diyakini mendapat produk yang halal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan juga mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan beberapa pihak melibatkan prosedur operasi standard (SOP) dan kawal selia yang perlu ditambahbaik dalam agensi itu.

"Insya-ALLAH dengan pembongkaran ini pihak kerajaan akan terus memperkukuhkan lagi SOP termasuk kawal selia dan sekiranya perlu kakitangan yang lebih, kita akan buat pengambilan nanti. Cadangan yang dikemukakan Pemuda UMNO itu kita juga sambut baik," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, beliau hadir pada Program Berkhatan Peringkat Pengkalan Chepa di Dewan Besar Pasti di Penambang di sini yang melibatkan 100 orang kanak-kanak dari kawasan setempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Jangan salahkan Jakim, JAIN dalam isu kartel daging

Gudang kartel proses daging babi

Mengulas lanjut, Marzuk berkata, penguatkuasaan tersebut juga turut melibatkan agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan koloborasi daripada pelbagai pihak.

Iklan

Sebelum ini, Pemuda UMNO pada Jumaat telah mengemukakan enam cadangan yang perlu diambil tindakan segera oleh kerajaan bagi menangani isu kartel daging tersebut.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu bertujuan bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan bukan sahaja kepada rakyat bahkan logo halal Malaysia yang diiktiraf dunia tidak terjejas dan mampu dipertahankan.

Menurutnya, keenam-enam cadangan itu termasuklah mengisytiharkan dan mendedahkan nama-nama syarikat yang sedang disiasat serta disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal haram.

"Kerajaan juga perlu mengambil tindakan dengan menarik semula bekalan daging yang telah memasuki pasaran dalam tempoh dua minggu ini oleh syarikat-syarikat terbabit dengan melibatkan semua peruncit dan pengedar bagi mengelakkan ianya dijual kepada rakyat serta pengusaha makanan.

"Selain itu, menubuhkan satu pasukan khas melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri halal bagi mengenal pasti dalang sindiket kartel yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi," katanya.