Lukisan mural dan graffiti dengan tema mesin coklat di dinding bangunan di satu lorong di Pekan Pandak Mayah, Langkawi, ketika tinjauan baru-baru ini. Ekspresi seni identiti Langkawi seperti kisah legenda Mahsuri, burung helang, Trilobit (sejenis spesis hidupan laut yang sudah pupus), Pekan Kuah serta beberapa lagi tarikan kini menghiasi sekitar lokasi tersebut menerusi Program Street Art@Pandak Mayah 2.0 oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) dan Balai Seni Negara Langkawi (NAG@Langkawi). - Foto Bernama
Lukisan Mural, Graffiti
Iklan