Siniawan, sebuah pekan kecil diibaratkan sebagai pekan koboi dalam filem Wild West dengan hanya satu jalan, suasananya begitu lengang pada hari-hari biasa. Jalan utama di pekan lama ini, diapit oleh dua struktur barisan 24 premis bangunan kayu. Semua dinding bangunannya diperbuat daripada kayu yang pastinya menggamit suasana nostalgia zaman dahulu. Meskipun dinding luar bangunan sesetengah premis telah diganti, namun struktur asal kayu pada bangunan itu masih dikekalkan. Apa yang menarik, pekan kecil ini semakin popular dengan aktiviti pasar malamnya pada setiap hujung minggu yang menawarkan pelbagai pilihan juadah tempatan dan pastinya menjadi lokasi pasar malam yang wajib dikunjungi bagi setiap pelawat ke bandar raya Kuching. - Foto Bernama
Siniawan
Iklan