Pemerhati ekonomi bimbang perkembangan ekonomi suku keempat

Iklan
Prof Dr Saadiah pada Wacana siri ke-219 membincangkan topik Menjengah 2021: Ekonomi Malaysia dan Nasib Rakyat di Auditorium Karangkraf pada Khamis

SHAH ALAM - Pemerhati dan penganalisis ekonomi bimbang prestasi atau perkembangan ekonomi menjelang berakhirnya suku keempat 2020 kerana dikatakan wujud peningkatan kes di Eropah dan penularan varian baharu Covid-19 di United Kingdom.

Timbalan Pengerusi Forum Ekonomi Manusiawi (FEM), Profesor Dr Saadiah Mohamad berkata, faktor itu mungkin menyebabkan gagal berlaku pertumbuhan ekonomi yang positif.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, pada suku keempat, kawalan pergerakan lebih ketat berbanding suku ketiga dan ditambah dengan situasi di peringkat global.

"Unjuran bagi melihat perkembangan positif ekonomi dunia dan negara kita tidak tercapai.

Iklan

"Ini merupakan cabaran ekonomi global dan Malaysia yang akan menjadi cabaran besar dalam ketidaktentuan persekitaran semasa,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke-219 bertajuk Menjengah 2021: Ekonomi Malaysia dan Nasib Rakyat di Dewan Karangkraf di sini pada Khamis.

Wacana siri ke-219 membincangkan topik Menjengah 2021: Ekonomi Malaysia dan Nasib Rakyat, dari kiri Moderator Ismail Adnan, para panelis Pengasas / Timbalan Pengerusi Forum Ekonomi Malaysia Manusiawi (FEM) (tengah), Setiausaha Agung Gabungan Persatuan - persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamed Zambri Muhammed dan Prof Ekonomi UKM dan Timbalan Presiden Akademik Profesor Malaysia Prof Dr Jamal Othman secara atas talian yang berlangsung di Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Beliau berkata, Malaysia bukan sahaja berdepan pandemik Covid-19 yang membawa kepada krisis ekonomi sebaliknya krisis politik.

Iklan

"Mungkin ketika berlaku perubahan, pihak yang terlibat tidak menyangka pandemik ini mengakibatkan perubahan ekonomi negara.

"Kesan kepada ekonomi ini sukar untuk diasingkan sama ada ia disebabkan oleh faktor politik atau Covid-19 tetapi keduanya penyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia tetapi juga kepada hampir semua negara di dunia.

Prof Dr Saadiah pada Wacana siri ke-219 membincangkan topik Menjengah 2021: Ekonomi Malaysia dan Nasib Rakyat di Auditorium Karangkraf pada Khamis

"Kalau melihat kepada penguncupan yang berlaku, Malaysia antara negara ASEAN yang menerima kesan paling teruk dengan penguncupan sebanyak 17 peratus. Akan tetapi pada suku ketiga berlaku situasi ekonomi terbuka di mana penguncupan itu berkurangan kepada dua peratus.

"Mengikut Belanjawan 2020, Malaysia diunjurkan dengan pertumbuhan yang positif lebih baik daripada tahun ini. Kita harap dengan pelbagai faktor termasuk vaksin yang dihasilkan dan mula diedarkan kepada banyak negara akan memberikan petanda yang baik,” katanya.