Turki sahkan vaksin China berkesan

Iklan
Turki mengesahkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan China terbukti selamat dan berkesan memberi perlindungan sekali gus membolehkan program vaksinasi dimulakan.

BEIJING- Turki mengesahkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan China terbukti selamat dan berkesan memberi perlindungan sekali gus membolehkan program vaksinasi dimulakan.

Menteri Kesihatan negara itu, Fahrettin Koca pada sidang akhbar pada Khamis berkata, vaksin keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech didapati mempunyai tahap keberkesanan 91.25 peratus untuk mencegah jangkitan virus berkenaan dan tidak menyebabkan tindak balas bahaya.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat berdasarkan analisis awal terhadap data dikumpul menerusi ujian klinikal vaksin percubaan membabitkan sukarelawan.

Difahamkan, kumpulan pertama bekalan vaksin China sebanyak tiga juta dos dijangka tiba di Turki dalam masa terdekat.

Iklan

Program vaksinasi fasa pertama akan dilakukan menyasar seramai sembilan juta orang dengan keutamaan kepada golongan berisiko tinggi dijangkiti seperti petugas perubatan.

-Bernama

Iklan