Penduduk cadang manfaatkan air panas jika selamat

Iklan
Lubang yang didakwa penduduk mengandungi air panas di sini.

HULU KELANG - Penduduk Au3 Taman Sepakat Hulu Kelang di sini mencadangkan pihak berkuasa memanfaatkan air panas yang keluar dari lubang di tengah jalan kawasan berkenaan.

Mereka mendakwa air yang pada mulanya dikatakan dari lubang pembetungan itu sebenarnya jernih.

Iklan
Iklan

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, berkata, pihak berkuasa mungkin boleh membuat ujian ke atas air berkenaan dan menyalurkan ke kawasan khas seperti kolam jika benar-benar bersih dan selamat.

"Air panas banyak kegunaannya. Lagipun kawasan berair ini hanya ditanda dengan bata dan berada di tengah jalan. Kami bimbang akan membahayakan pengguna jalan terutama penunggang motosikal.

Iklan
Iklan

"Saya cadangkan daripada terbiar lebih baik alirkan air ini ke satu kawasan, banyak kegunaannya untuk semua," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.