PPMM cadang usul kertas putih bagi isu kartel daging haram

Iklan
Antara laporan muka depan Sinar Harian berkaitan isu kartel daging haram.

SHAH ALAM - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mencadangkan isu kartel daging haram ini dibentangkan di Parlimen dalam kertas putih.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, usul berkenaan dilihat lebih sesuai berbanding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Iklan
Iklan

Menurutnya, kertas putih itu mempunyai latar belakang untuk isu tersebut dan menyenaraikan cadangan sesuai bagi menangani masalah berkenaan.

"Kalau dibawa ke Parlimen, itu satu perkara yang lebih mendasar lagi perbincangannya kerana ada kebebasan.

Iklan

"Jadi semua perkara boleh dibincangkan dengan lebih terperinci dan tindakan boleh diambil,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, RCI dilihat tidak sesuai kerana merupakan siasatan untuk sesuatu isu di mana ia akan mendapatkan kepastian dan mungkin ada lagi siasatan seterusnya.

Iklan
Zainul Rijal

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berpendapat bahawa isu kartel daging haram tidak memerlukan usul daripada RCI atau Kertas Putih.

Presidennya, Musa Awang berkata adalah lebih penting jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik daging berkenaan supaya tidak berada dalam pasaran.

"Jadi bila bab daging (haram) ini, saya rasa ia lebih kepada (isu) kepenggunaan. Isu ini sensitif kepada orang Islam sahaja

"Saya rasa tak perlu sampai tahap siasatan diraja (RCI) atau Kertas Putih itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online

Terdahulu, Sinar Harian ini mendedahkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan label serta cap palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Sementara itu, Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata) memandang serius isu daging import lembu yang diragui status halal atau dicampur dengan daging haiwan lain ke Malaysia.

Setiausaha Agung Perkata, Adzly Ab Manas menegaskan perkara berkenaan merupakan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia khasnya umat Islam.

Menurutnya, awal bulan ini sejumlah 1400 tan daging bercampur diragui tidak halal bernilai lebih RM30 juta di Senai, Johor Darul Tak'zim dirampas.

"Sehingga kini Perkata mendapati belum ada siaran akhbar daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Kastam Diraja terhadap isu kartel pengimport daging ragu halal ini.

"Bagaimana permit import dan borang lapan diproses, dikuatkuasakan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan pengimport?

"Hanya mereka yang dalam bidang pemegang lesen daging import dan penyimpanan atau gudang sahaja yang pakar dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.