SHAH ALAM - Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) menyumbangkan kelengkapan sekolah kepada 50 murid membabitkan tujuh buah sekolah di Bandar Muadzam Shah, Pahang.
Sumbangan dua pasang pakaian seragam, sepasang kasut, beg sekolah, botol air, tuala muka dan wang saku itu disalurkan melalui program Back to School 3.0, anjuran Pelitawanis TNB Kebangsaan dan Pelitawanis TNB Cawangan Muadzam Shah.
Iklan
Iklan
Yang Dipertua Pelitawanis TNB Kebangsaan, Datin Seri Aidah Abu berkata, sumbangan bertujuan meringankan beban ibu bapa membuat persiapan menjelang persekolahan tahun depan terutama dalam kalangan keluarga B40 yang turut terkesan akibat penularan Covid-19.
"Usaha kami selari dengan aspirasi TNB yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosialnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Naib Canselor UNITEN, Profesor Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dan barisan kepimpinan Pelitawanis TNB.