Jakoa cadang tangguh aktiviti pembalakan Gerik

Iklan

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mencadangkan agar aktiviti pembalakan di Kampung Tasik Cunex, Gerik, Perak ditangguhkan sementara sehingga perjumpaan antara pihak berkaitan diadakan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ajis Sitin berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy bercadang untuk berjumpa dengan dan pembalak serta pihak terlibat dalam masa terdekat bagi membincangkan pendekatan terbaik.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan sebuah portal yang menyatakan penduduk Orang Asli di kampung berkenaan telah mengadakan sekatan (blockade) di laluan utama lori balak sebagai bantahan terhadap aktiviti pembalakan yang didakwa telah menceroboh kawasan tanah adat mereka.

Wakil penduduk juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik pada 1 Februari lalu berhubung pembalakan yang bermula sejak 18 Januari.

Iklan

Penduduk di situ juga mendakwa telah diugut pihak syarikat dan Jabatan Perhutanan Perak susulan sekatan yang dibuat mereka.

Dalam pada itu, Ajis berkata, aktiviti pembalakan sentiasa menjadi masalah utama bagi masyarakat Orang Asli kerana aktiviti ini merosakkan ekosistem alam semula jadi.

Iklan

"Antara yang terjejas adalah pencemaran air sungai, tumbuh-tumbuhan dan kepupusan binatang buruan yang menjadi sumber utama makanan dan pendapatan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menegaskan, Jakoa sangat mengambil berat mengenai kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

"Pelbagai usaha dan kerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan sentiasa dilakukan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang mencukupi,” katanya.