Wanita PKR Perak perlu cipta dimensi politik baharu

Iklan
Siti Aishah ketika ditemu bual di konti Perak FM pagi tadi.

IPOH - Wanita PKR Perak harus mencipta dimensi politik baharu khususnya dalam usaha mendekati masyarakat.

Timbalan Ketua Wanitanya, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, dimensi berkenaan secara keseluruhannya akan menggantikan dimensi politik popular sebagaimana dilaksanakan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Wanita PKR mengambil dasar bahawa kita harus cipta dimensi politik baharu, bukan lagi gunakan dimensi politik yang popular iaitu hanya dekati golongan ini (masyarakat) bila bawa tokoh besar turun bertemu masyarakat.

"Kita telah gerakkan beberapa aktiviti tambahan kepada wanita di bawah termasuk di cabang-cabang untuk pastikan peranan wanita dan juga kesungguhan Wanita PKR itu mendekati masyarakat dalam soal kebajikan, lebih daripada kita bercakap soal polemik, pentas ceramah dan pentas hi-tea,” katanya.

Iklan

Siti Aishah berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Pertandingan Pidato Remaja (Wanita) Piala Menteri Besar 2019 yang bakal berlangsung di Auditorium RTM Perak mulai 16 Februari ini di peringkat saringan dan 23 Februari (pentas akhir).

Difahamkan, 45 peserta daripada 45 sekolah dari sekitar negeri bakal menyertai pertandingan berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Siti Aishah berkata, pihaknya menyasarkan seramai 5,000 keahlian bagi Wanita PKR tahun ini.

"Kita juga dah berbincang, Wanita PKR akan bersama-sama memberikan sokongan padu kepada calon Bersatu pada PRK Semenyih nanti,” katanya.