SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 10 kes Covid-19 yang diimport di republik itu yang diumumkan pada Sabtu adalah lelaki rakyat Malaysia berusia 64 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
Dilabelkan sebagai kes 58757, warga emas yang merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek itu telah diasingkan sejurus tiba di Singapura, demikian menurut data penuh kementerian berkenaan yang dikeluarkan itu.