Wei Shien kembali terajui PKR Sarawak

Iklan
Wei Shien

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Larry Sng Wei Shien kembali menerajui PKR negeri itu sebagai Pengerusi Interim PKR Sarawak selepas meletak jawatan berkenaan Selasa lalu.

Wei Shien yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, keputusan dibuat selepas perjumpaan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat berhubung peletakan jawatannya itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara intipati perbincangan itu melibatkan meletakkan pemimpin dari suku kaum Dayak menerajui parti berkenaan pada masa depan dan pemilihan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Perbincangan panjang lebar tentang pelbagai perkara yang memerlukan fokus di Sarawak akhirnya kami capai persetujuan, saya akan terus kekal menjadi Pengerusi Interim PKR Sarawak ketika ini.

Iklan

"Saya sangat menghargai sokongan serta keyakinan presiden serta seluruh warga PKR Sawarak untuk saya terajui jawatan ini untuk pilihan raya akan datang. Amat berterima kasih dan hargainya,” katanya di laman Facebooknya pada Sabtu.

Wei Shien yang dilantik Pengerusi PKR Sarawak pada Mac lalu berkata, ia adalah keputusan terbaik bagi PKR Sarawak yang sepatutnya diketuai oleh pemimpin suku kaum Dayak bagi menghadapi PRN Sarawak ke-12 akan datang.

Iklan

Wei Shien percaya perubahan dalam kepimpinan PKR Sarawak akan dapat memberi kepercayaan rakyat terhadap parti itu dalam usaha memperjuangkan pelbagai isu di negeri berkenaan.

Susulan itu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak mengadakan perbincangan mengenai perkara itu namun akhirnya membuat keputusan menolak hasrat perletakan jawatan Wei Shien.