Lelaki maut, kereta terbabas langgar belakang treler

Iklan
Keadaan kereta Produa Kancil milik mangsa yang melanggar belakang lori treler di KM4,Jalan Bentong ke Gombak pada Ahad. (FOTO : Ihsan Polis)

BENTONG - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 4,Jalan Bentong ke Gombak,Ahad.

Dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, K Anantha Raj, 24, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati kereta yang dipandu mangsa dari arah bandar Bentong menuju ke Gombak dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke seberang jalan sebelum melanggar lori treler yang berada di tepi jalan.

Kemalangan di KM4 Jalan Bentong ke Gombak pada Ahad yang meragut nyawa pemandu kereta tersebut.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang berasal dari Bentong itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Akibat kemalangan itu, hampir keseluruhan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk manakala lori tersebut hanya mengalami sedikit kerosakan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Zaiham berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Iklan

"Kita juga meminta saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.