Jangan tipu kakitangan kesihatan: Noor Hisham

Iklan
Dr Noor Hisham

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan agar mana-mana individu tidak menipu kakitangan kesihatan sekiranya mempunyai simptom atau merupakan kontak rapat pesakit Covid-19.

Beliau berkata, tindakan menipu akan menyebabkan pesakit, kakitangan kesihatan lain dan keluarga mereka terkesan.

Iklan
Iklan

"Paling teruk sekali, ia berkemungkinan boleh memberi kesan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh kami," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Nur Marini Zainal yang berkongsi kisah pesakit yang menipu tentang simptom Covid-19 yang datang bagi temu janji di hospital.

Iklan

"Seorang pesakit telah datang ke hospital dan telah disaring di pintu masuk jabatan sebelum menjalani pemeriksaan CT scan. Suhu normal. Pesakit mengaku sihat dan dibenarkan masuk.

"Saya merupakan doktor yang menyediakan pesakit ini untuk scan (penerangan prosedur, pemasangan IV branula dan sebagainya). Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit Covid-19," katanya.

Iklan

Menurutnya, apabila ditanya, pesakit tersebut mengaku batuk dan demam selama seminggu, tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temu janji CT.

"Ternyata tindakannya menyusahkan orang lain. Pesakit disahkan positif covid selepas dua hari.

"Pada mulanya saya dikategorikan sebagai kontak risiko rendah, sebab kedua-dua nya memakai surgical masks (bagi pesakit berisiko rendah) dan pesakit tidak batuk di hadapan saya. Cuma jarak tak dapat dielakkan kerana terpaksa menyediakan saluran IV untuknya sebelum CT scan. Masa kontak tidak lama, lebih kurang 5 hingga 15minit. Saya mengamalkan hand hygiene mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebab saya memang paranoid.

"Saya diberitahu bahawa tiada kuarantin atau swab diperlukan buat masa sekarang.

"Tetapi hati ini kurang senang, saya ambil keputusan untuk menjalani swab di hospital lain. Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun sempat bekerja selama dua hari di jabatan, sebelum kuarantin. Keputusan swab mendapati saya positif," katanya.