Khairy cedera langgar lubang ketika berbasikal

Iklan
Kecederaan dialami Khairy Jamaluddin.

SHAH ALAM -"Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah, Khairy Jamaluddin hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius."

Demikian ciapan Setiausaha Akhbar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Raja Syahrir Raja Abu Bakar di laman Twitter susulan Khairy Jamaluddin Abu Bakar cedera akibat terlanggar lubang ketika menunggang basikal pada Ahad.

Iklan
Iklan

Ciapan itu dimuat naik kira-kira sejam lalu bagi memaklumkan perkembangan terkini Khairy Jamaluddin selepas Ahli Parlimen Rembau itu memuat naik gambar kesan calar di dahi, hidung di ruangan cerita Instagram beliau.

Khairy Jamaluddin cedera selepas beliau dikatakan melanggar lubang ketika berbasikal pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Khairy Jamaluddin turut meletak kapsyen ringkas menyatakan kecederaan dialami disebabkan terlanggar lubang ketika menunggang basikal hingga menyebabkannya terjatuh ke dalam parit.

Iklan

Beliau turut memuat naik gambar lubang dan parit terbabit di ruangan yang sama tetapi tidak dinyatakan di mana lokasi kejadian tersebut berlaku.

Sementara itu, perkongsian di Twitter pula mendapat perhatian pengikutnya dengan rata-ratanya mendoakan supaya Khairy Jamaluddin dalam keadaan baik.

Iklan