Syarikat terlibat isu kartel perlu nafi jika tidak bersalah

Iklan
Dzulkifli Ahmad

SHAH ALAM - Syarikat-syarikat yang terlibat dengan isu kartel perlu menafikan penglibatan mereka sekiranya benar-benar tidak bersalah.

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, kerajaan juga memainkan peranan bagi memastikan tindakan berkenaan dilakukan segera.

Iklan
Iklan

"Syarikat yang dikatakan terlibat dengan isu daging ‘halal’ perlulah segera menafikan penglibatan mereka sekiranya mereka dan jenama daging yang dikatakan tersebut tidak benar untuk meredakan keresahan dan kemarahan masyarakat

"Ini belum isu hanya syarikat tertentu sahaja di luar negara yang diberikan kelulusan untuk mengimport daging ke Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Iklan

Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu berkata, industri daging tempatan harus disokong oleh kerajaan dalam meluaskan pemasaran produk mereka ke pasaran tempatan supaya masyarakat tidak bergantung kepada daging import.

Terdahulu, Sinar Harian mendedahkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan logo halal palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini.

Iklan

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan isu kartel daging esok: Zulkifli

Penguat kuasa korup guna kod rahsia 'daging karpet merah’

Rakyat Malaysia gempar isu daging import haram