Bukan 'Malu Apa Bossku' sepatutnya 'Tolonglah Malu Bossku'

Iklan
Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar sedar diri dan insaf dengan perbuatannya satu masa dahulu yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa sehingga ditolak rakyat pada PRU14, 9 Mei lalu.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, peringatan itu perlu dibuat kerana Najib kini dilihat seolah-olah telah 'suci', malah berbangga diri kononya telah kembali diterima rakyat.

Iklan
Iklan

Katanya, tindakan dan perbuatan 'rakus' Najib dalam kesalahan mentadbir kerajaan dan rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesan kerosakan ekonomi negara dapat dirasai sehingga kini dan kemungkinannya untuk beberapa tahun lagi.

"Sebanyak 32 juta rakyat malaysia terpaksa memikul kesan buruk itu kini dan apakah kita boleh gembira dengan situasi yang memeritkan ini selain melupakan begitu sahaja kesalahannya kerana dia kini kerap bersama rakyat?

Iklan

"Bagi saya Najib bertanggungjawab merosakkan keadaan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jadi kempen 'Malu Apa Bossku' yang dicanangnya di sana sini harus segera ditukar kepada 'Tolonglah Malu Bossku'," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

Najib yang kini menduduki posisi pembangkang semakin popular dengan tagline 'Malu Apa Bossku', perkongsiannya di Facebook dalam mengutarakan beberapa isu negara menerima respon positif dalam kalangan warganet.

Iklan

BN pada PRU14 menempa sejarah malang apabila buat pertama kali setelah 61 tahun memerintah negara mereka kalah dalam PRU.

Najib kini menghadapi prosiding mahkamah membabitkan isu 1MDB, yang juga menjadi antara punca BN kalah dalam PRU14 lalu.