Aktiviti Hujung Minggu

Iklan
Sekumpulan kanak-kanak seronok bermain layang-layang sambil diawasi orang dewasa semasa tinjauan di Pantai Sepat, Kuantan, hari ini. Orang ramai dilihat menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan membawa keluarga bersiar-siar serta melakukan aktiviti bersama di kawasan itu. Rakyat sentiasa dinasihatkan agar terus mengamalkan kebiasaan hidup baharu dengan mematuhi SOP yang digariskan serta kawalan kendiri terutama semasa berada di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini. - Foto Bernama