Kurang bekalan air di Gunung Baling sukarkan operasi

Iklan
Asap masih kelihatan di Gunung Baling.

BALING - Bekalan air kurang, cuaca panas dan angin kuat menjadi cabaran utama kepada pasukan bomba untuk memadam kebakaran seluas 2.4 hektar di Gunung Baling.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata, operasi ketika ini melibatkan 101 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat.

Iklan
Iklan

"Bekalan air di atas gunung berkenaan tiada ditambah panas terik dan angin kuat jadi usaha memadam kebakaran kini akan dibuat melalui bantuan udara.

"Kita akan padam kebakaran guna dua kaedah iaitu darat dan udara. Helikopter MI17 dari Pangkalan Udara Subang Selangor, sedang menuju ke sini dan dijangka tiba jam 1 tengah hari ini,” katanya.

Iklan

Semalam, Sinar Harian melaporkan Gunung Baling disedari terbakar oleh penduduk Kampung Bawah Gunung kira-kira jam 5.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN:Gunung Baling terbakar

Iklan