Mayat mangsa lemas ditemui terapung di Pantai Rhu Kubur

Iklan
Sebahagian daripada anggota yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa berkumpul di pesisir pantai di lokasi Pantai Jambu Bongkok Marang iaitu lokasi mangsa yang dikhuatiri lemas.

MARANG - Mayat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di pantai di daerah ini sejak Jumaat ditemui terapung di Pantai Rhu Kubur di sini petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, hasil pengecaman dibuat oleh ahli keluarga mengesahkan mayat tersebut adalah Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang dikhuatiri lemas sebelum ini di pantai Jambu Bongkok di sini.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa kedua ditemui pasukan penyelamat yang membuat rondaan dengan aset jet ski kira-kira jam 6.30 petang tadi dan ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini.

"Sejurus ditemui, kami terus menghubungi keluarga untuk membuat pengecaman dan adik mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah milik abangnya yang dikhuatiri lemas semasa beriadah bersama rakannya," katanya ketika ditemui di lokasi Pantai Jambu Bongkok di sini.

Iklan

Dalam kejadian itu, mangsa dari Kampung Bukit Tok Bat Batu 24, Kuala Berang, Hulu Terengganu dikatakan mandi bersama enam rakannya di lokasi sebelum salah seorang rakan mangsa menyedari dia sudah semakin jauh ke tengah laut.

Terdahulu, mayat bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dikhuatiri lemas di pantai Kelulut hari sama ditemui terdampar di tepi pantai Alur Tuman di sini, kira- kira jam 8.55 pagi Ahad.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki termasuk seorang bakal pengantin dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut dan Pantai Jambu Bongkok di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 6.40 petang di Pantai Kelulut, bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di pantai berkenaan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 48 tahun dari Hulu Terengganu pula dikhuatiri lemas selepas mandi bersama enam rakannya sebelum ditarik ombak ke tengah laut di Pantai Jambu Bongkok.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin dijadual nikah hari ini dikhuatiri lemas

Majlis perkahwinan diteruskan, pelamin sepi tanpa pengantin

Mayat bakal pengantin ditemui terdampar di tepi Pantai Alur Tuman