KUALA LUMPUR- Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di luar pantai Central Chile, pada jam 5.39 pagi tadi (waktu di Malaysia).
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 228 kilometer (km) barat dari Temuco, Chile, pada kedalaman 10 km.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA