NEW YORK - Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 19,000,572, dengan 332,145 kematian, pada jam 11.22 pagi Ahad waktu tempatan (1622 GMT) menurut Johns Hopkins University, lapor Agensi Berita Xinhua.
Dengan jumlah kes sebanyak 2,123,163, California menjadi negeri pertama mempunyai lebih dua juta kes manakala Texas melaporkan 1,668,263 kes, diikuti Florida dengan 1,264,588 kes.
Iklan
Iklan
Sementara itu, kedua-dua negeri Illinois dan New York mencatatkan lebih 900,000 kes manakala negeri-negeri lain dengan lebih 500,000 kes termasuk Ohio, Georgia, Pennsylvania, Tennessee, Michigan, North Carolina dan Wisconsin.
Setakat ini, AS kekal negara paling teruk dijangkiti Covid-19 dengan kebanyakan kes dan kematian di dunia sekali gus menyumbang lebih 23 peratus jumlah kes global.
Berdasarkan senario jangkaan semasa, model pengiraan yang dikemas kini sebuah institut di Universiti Washington menganggarkan sejumlah 567,195 kematian Covid-19 di AS menjelang 1 April 2021. - Bernama