TH menang anugerah pilihan graduan Malaysia

Iklan
Tabung Haji

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan pemenang Tempat Kedua - institusi pilihan graduan Malaysia bagi kategori sektor badan-badan berkanun, baru-baru ini, sekali gus menjadikan kemenangan ketiga sejak 2017 dan 2018.

Ketua Pegawai Modal Insan TH, Rina Sarif berkata, tahun ini TH telah berjaya menduduki tangga 40 teratas majikan terkemuka pilihan para graduan dalam senarai 100 Majikan Pilihan Graduan.

Iklan
Iklan

"Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan keyakinan para graduan terhadap TH sebagai sebuah organisasi badan berkanun yang dipercayai.

"TH amat berbesar hati dengan pencapaian anugerah yang diiktiraf ini dan berharap TH akan terus menjadi pilihan para graduan di Malaysia untuk berusaha mencapai tahap yang lebih cemerlang demi kemaslahatan ummah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pelbagai institusi lain turut dicalonkan dan menerima pengiktirafan seperti dalam sektor perbankan, automotif, insurans, kejuruteraan dan telekomunikasi.

Malaysia’s 100 adalah program pengiktirafan anugerah pengambilan siswazah terbesar di Malaysia dan menjadi penanda aras kepada tahap kecemerlangan jenama majikan dengan mengambil kira undian para graduan setiap tahun.

Iklan

Ia merupakan kajian terbesar dan paling lama dilakukan ke atas pola pengambilan siswazah di Malaysia.

Setiap tahun, kajian yang dilakukan ini memberi peluang kepada para graduan untuk berkongsi keperluan dan kehendak mereka dalam memilih pekerjaan pertama mereka. - Bernama