JAS siasat punca ikan mati di Sungai Tumboh

Iklan
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkongsi kejadian sama dalam laman Facebook rasminya pada Isnin.

IPOH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar ribuan ikan mati ditemui terapung di Sungai Tumboh, Kampung Gajah.

Pengarahnya, Rosli Zul berkata, sepasukan pegawai telah dihantar bagi menyiasat dan mengkaji punca kejadian selepas gambar kejadian itu tular di laman sosial Facebook pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kawasan terbabit didapati jauh dari kawasan perindustrian yang memungkinkan berlakunya pencemaran air.

"Kita dapati terdapat sebuah kilang memproses sawit dan kawasan pertanian terletak berhampiran lokasi.

Iklan

"JAS sedang mengenal pasti punca dan mengambil sampel air di kawasan itu untuk dianalisis terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan melihat segala kemungkinan yang menjadi punca kejadian.

Iklan

Terdahulu, kejadian itu turut dikongsikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman Facebook rasminya.

"Menerima beberapa keping gambar dan video menunjukkan banyak ikan mati di Sungai Tumboh, Kampung Gajah.

"Saya telah minta pihak JAS menyiasat segera," katanya.