MOSCOW - Kapal Onega Rusia karam di Laut Barents berdekatan kepulauan Novaya Zemlya dengan 19 orang di dalamnya, dua di antaranya berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik pihak berkuasa pada Isnin.
Menurut siasatan awal, kejadian di utara Rusia itu disebabkan oleh pembentukan ais.