Mufti seru semua pihak elak provokasi

Iklan
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyeru semua pihak agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi yang dapat mencetuskan ketegangan khususnya melalui media sosial.

Menurut beliau, seluruh lapisan masyarakat perlu bertenang dan menggelakkan sebarang tindakan yang dapat membawa kepada situasi konflik lebih meruncing.

Iklan
Iklan

"Peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak mencuragkan minyak ke dalam api yang marak kerana ia bakal membawa kerosakan jauh lebih memudaratkan.

"Isu ini perlu ditangani dengan serius dan berhati-hati. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak sudi mempertaruhkan masa depan bersama atas isu ini yang pada hakikatnya boleh diselesaikan dengan penuh muhibah,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis tahan empat lelaki, rampas parang]

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil terletak di USJ 25, menjadi punca pergaduhan dan insiden kenderaan dibakar.

Iklan

Mengulas lanjut, Zukifli berkata keharmonian antara kaum di negara ini sewajarnya terus dipertahankan dan rundingan damai melibatkan pihak berkaitan juga perlu dimulakan dengan segera.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyeamat Malaysia (JBPM) dan Kerajaan Selangor atas tindakan pantas bagi menangani insiden ini,”katanya.

Di samping itu, Zulkifli turut menzahirkan rasa simpati di atas kecederaan yang menimpa mangsa yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kuil terbabit.

"Dalam masa sama, kami mendoakan semoga keadaan Muhammad Adib bergambah baik dari semasa ke semasa,”katanya.