Pemuda lemas pada hari keluarga

Iklan
Mayat mangsa lemas ditemui jam 4 pagi tadi kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

BACHOK - Program hari keluarga satu syarikat berakhir dengan tragedi apabila seorang pemuda yang mengikutinya lemas dihanyutkan arus dekat Sudara Beach Resort, petang semalam.

Mangsa, Mohd Faiz Abdullah, 26, dari Felda Kemahang, Tanah Merah mengambil keputusan untuk mandi di pantai sejurus selesai program hari keluarga.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7 malam tadi.

Katanya, bomba tiba di lokasi 20 minit selepas itu dan mendapatkan maklumat daripada keluarga mangsa.

Iklan

"Hasil pencarian pesisir pantai, kita menemui mayat mangsa jam 4 pagi tadi, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

"Mayat ketika itu berpakaian baju T putih dan seluar sukan, ahli keluarga mengesahkannya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan