KUANTAN - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa organ dari penderma yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada Isnin.
Helikopter bomba jenis Agusta Aw139 dikendalikan juruterbang, Penguasa Kanan Bomba Sofian Ahmed @ Ibrahim dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azuna Mohamed Sabri berlepas dari padang Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini kira-kira jam 6 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 7.30 petang.