Cungkil bakat, ketengah tokoh remaja

Iklan
Siti Aishah (duduk, kiri) pada sidang media, hari ini.

IPOH - Pertandingan Pidato Remaja Perempuan Piala Menteri Besar Perak 2019 diharapkan mampu menjadi platform bagi mengetengahkan bakat-bakat serta melahirkan tokoh-tokoh remaja pada masa hadapan.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, tokoh-tokoh remaja berkenaan juga diharapkan lebih dekat dengan pentadbiran kerajaan khususnya berkongsi idea dalam pelbagai perkara.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, pertandingan berkenaan diharapkan mampu melahirkan tokoh-tokoh remaja yang berani menyuarakan pendapat masing-masing kelak.

"Jika sebelum ini kita ada pertandingan debat, tapi kali ini kita adakan pertandingan pidato pula.

Iklan

"Secara keseluruhannya, pertandingan ini diharap dapat menjadi platform bagi membantu melahirkan tokoh-tokoh remaja pada masa hadapan," katanya.

Siti Aishah berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran Pertandingan Pidato Remaja (Wanita) Piala Menteri Besar 2019 yang bakal berlangsung di Auditorium RTM Perak mulai 16 Februari ini (peringkat saringan) dan pentas akhir pada 23 Februari yang menampilkan sembilan peserta terbaik.

Iklan

Difahamkan, 45 peserta berusia 13 hingga 18 tahun daripada 45 sekolah dari sekitar negeri bakal menyertai pertandingan berkenaan.

Pertandingan yang dianjurkan hasil kerjasama pihak Sekretariat Pejabat Menteri Besar dan Persatuan Amal Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Prihatin Daerah Kinta (Pakat) itu turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 bagi juara, RM1,000 (naib juara), RM700 (ketiga) manakala RM250 bagi tempat keempat hingga sembilan.

Tambahnya, pertandingan pidato bagi remaja lelaki pula dijangka akan dianjurkan selepas ini.

"Bila kita anjurkan pidato untuk remaja perempuan, ada yang tanya untuk remaja lelaki.

"Kita akan anjurkan juara remaja lelaki dan remaja wanita ini akan kita himpunkan untuk diadunkan pula dalam satu pertandingan akhir," katanya.

Sementara itu Siti Aishah berkata, setakat ini pihaknya telah menerima penyertaan dari beberapa sekolah termasuk SMJK (C) dan SMJK (T).

Bagaimanapun menurut Aishah, pihaknya berharap dapat mengenal pasti dan seterusnya mengemukakan penyertaan daripada pelajar Orang Asli.

"Insya-ALLAH, kita akan dapatkan juga wakil daripada masyarakat Orang Asli ini dan saya sendiri akan turun ke sekolah-sekolah masyarakat Orang Asli berkenaan," katanya.