JPJ tidak kompromi warga kerja terlibat salah laku integriti

Iklan
Zailani (kanan) bersama Azam ketika melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Isnin.

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berkompromi dengan sebarang salah laku yang melibatkan warga kerjanya dan pihak luar berkaitan aspek integriti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, beliau berazam untuk meningkatkan imej positif JPJ ke tahap yang lebih tinggi.

Iklan
Iklan

"Ia sekali gus meningkatkan tahap integriti dalam kalangan warga kerja jabatan tanpa mengesampingkan aspek kolaborasi rapat dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan lain di negara ini," katanya dalam kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Menurutnya, JPJ mengamalkan pendekatan 'open-door policy' dan terbuka dengan apa-apa juga syor.

Iklan

"Ini ke arah meningkatkan kecekapan jabatan di dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang awam," katanya.

Zailani (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Azam pada Isnin.

Beliau berkata, JPJ dan SPRM komited memperkasakan integriti dan tadbir urus yang telus dalam pelaksanaan tugas rutin melalui hubungan strategik antara kedua-dua jabatan.

Iklan

Dalam sesi lawatan kunjungan hormat oleh Zailani ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Isnin, satu kerangka kerja dan kolaborasi rapat telah diwujudkan ke arah menyuburkan budaya kerja berintegriti tinggi di seluruh pejabat JPJ.

Pada sesi pertemuan singkat itu juga, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyemak semula Nota Kerjasama (JPJ-SPRM) yang telah dimeterai pada tahun 2017, ke arah usaha untuk menambah baik dan memantapkan hubungan kerja antara agensi itu.