Jangan sebab saya menteri baru nak ambil berat, kata KJ

Iklan
Khairy menerusi hantaran Transformasi Bersama KJ di Facebook pada Isnin.

SHAH ALAM – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin menjelaskan tujuan beliau memuat naik insiden terjatuh ketika berbasikal menerusi Twitternya hanya untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan lain.

Bagaimanapun beliau tidak menyangka perkongsian itu mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Iklan
Iklan

"Niat saya semalam memuat naik insiden ini di Twitter ialah untuk beri peringatan kepada pengguna jalan lain, namun ia nampaknya mendapat perhatian JKR.

"Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat.

Iklan

"Tetapi yang penting, kalau sudah berlubang, janganlah berhari-hari atau kena tunggu terlalu lama untuk turap semula,” katanya menerusi hantaran Transformasi Bersama KJ di Facebook pada Isnin.

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau tidak nampak lubang pada jalan berkenaan.

Iklan

"Kalau kita nampak, boleh elak. Tetapi saya yang berbasikal dengan kelajuan maksimum 40 kilometer sejam pun tak nampak. Apatah lagi penunggang motosikal?

"Jadi, saya ambil pandangan positif maklum balas pelbagai pihak yang ingin saya kemalangan ketika melalui kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil.

"Isu pokoknya, masalah jalan berlubang ini memerlukan penyelesaian segera kerana ia dekat di hati rakyat,” katanya.

Ahad lalu, Khairy cedera ringan selepas terjatuh dari basikal, akibat terlanggar lubang jalan.

Beliau mengesahkan perkara berkenaan di aplikasi Twitter dan Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: JKR Kuala Langat tak wajar bersikap 'double standard'

Khairy cedera langgar lubang ketika berbasikal