Kartel daging: CAP gesa tubuh RCI

Iklan
Mohideen menasihatkan pengguna supaya tidak membeli daging beku import dan produk daging yang diproses sehingga pihak berkuasa dapat memastikan makanan itu benar-benar halal.

GEORGETOWN - Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kegagalan sistem sedia ada berhubung kartel daging haram.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, daging beku yang diimport juga perlu ditarik balik daripada pasaran.

Iklan
Iklan

"Tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pegawai kerajaan yang mengamalkan rasuah kerana melibatkan akidah umat Islam.

"Perkara ini amat serius kerana ia melibatkan daging yang dimakan adalah tidak halal. Lebih buruk, ia sudah berlarutan sejak 40 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya tidak membeli daging beku import dan produk daging yang diproses sehingga pihak berkuasa dapat memastikan makanan itu benar-benar halal.

"Restoran dan kedai makan menggunakan daging beku import tetapi kita tidak boleh menganggap daging yang mempunyai label halal itu benar-benar halal," katanya.

Iklan

Mohideen berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab meluluskan import daging halal dari negara luar perlu menjelaskan bagaimana daging tidak halal terlepas daripada pengawasan mereka.

"Sejak pembongkaran isu ini, pihak berkuasa hanya menjalankan siasatan namun tidak bertindak menarik semula daging beku import dari pasaran. Ini bermakna pengguna masih memakan daging yang tercemar walaupun CAP pernah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging: Kerajaan janji selesai segera, kaji penubuhan RCI

Daging import haram dijual secara online

Kartel tukar daging haram jadi halal