Zulkifli yakin KPDNHEP dapat tangani isu kartel daging import

Iklan
Ciapan Zulkifli di laman Twitternya pada Selasa.

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat menangani isu kartel daging import seludup dan diragui statusnya dengan baik.

Katanya, beliau berharap masyarakat dapat memberikan sokongan selain doa yang akan menemui jalan penyelesaian.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, saya yakin isu terbabit akan ditangani sebaiknya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging: Jakim perlu diberikan lebih kuasa

Iklan

Kartel daging: Kakitangan kerajaan mudah dibeli, dakwa Anwar

Kartel daging: Kerajaan perlu siasat kakitangan, pegawai terlibat

Iklan

"Dengan sokongan dan doa rakyat Malaysia, isu terbabit akan menemui jalan penyelesaian,” ciapnya menerusi Twitter pada Selasa.

Ciapan Zulkifli di laman Twitternya pada Selasa.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mengesyorkan orang ramai memuat naik aplikasi Verify Halal di App Store bagi pengguna iOS dan Google Play bagi pengguna Android untuk memeriksa status halal produk, sama ada dengan mengimbas kod bar, menaip maklumat produk ataupun melakukan pencarian mengikut produk, jenama, syarikat dan negara.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian dalam laporan khasnya mendedahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) serta KPDNHEP menyerbu sebuah stor di Senai, Johor yang didapati meletakkan label halal terhadap daging yang diimport.

.