Curi kabel untuk beli dadah

Iklan
Shamsul Amar

KLANG - Dua sekawan yang aktif melakukan jenayah curi kabel elektrik untuk membeli bekalan dadah akhirnya dicekup di sekitar daerah ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 40 dan 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang susulan laporan yang dibuat oleh seorang kontraktor Telekom Malaysia pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kegiatan suspek terbongkar selepas pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki memanjat pagar dan mencuri kabel di sebuah rumah di Bukit Tinggi Klang.

"Susulan tertangkapnya suspek terbabit, polis merampas sebuah motosikal Modenas Kriss, sebuah Proton Wira dan beberapa kabel yang telah dibakar.

Iklan

"Semakan juga mendapati kedua-dua suspek masing-masing memiliki rekod lampau bersabit kes judi dan dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, soal siasat kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes terbabit bersama seorang lagi rakan sejenayah yang masih bebas dikenali sebagai 'Panjang'.

Iklan

Katanya, siasatan turut mendapati suspek yang positif dadah itu mula aktif mencuri kabel sejak awal bulan ini. Hasil curi itu dipercayai akan dijual dengan harga RM20 untuk sekilogram sebelum mendapatkan bekalan dadah.

Tegasnya, kedua-dua suspek kini direman empat hari sehingga Khamis untuk disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.